Description
KISAH-KISAH silam dalam lipatan sejarah adalah teladan yang terbaik buat pendidikan masakini. Suasana dunia yang gawat dengan gejala sosial rosak perlu diimbangkan dengan pendidikan yang sihat. Kerana itu pendidikan walau apa cara sekalipun perlu diberi keutamaan agar dunia ini dipenuhi manusia yang baik.
Jiwa, roh dan akal memerlukan pengisian sempurna sesuai dengan kehendak Islamiah. Khususnya anak-anak yang mempunyai akal dan jiwa yang bersih perlulah dididik dengan sebaik-baiknya demi masa depan mereka.
Atas inisiatif inilah, kami menampilkan wadah minda dan roh Islamiah melalui kisah-kisah teladan, sebanyak 87 cerita untuk tatapan anda khususnya anak-anak. Mudah-mudahan usaha ikhtiar kita dalam mencorak kain putih akan menjadi saham amal kebajikan.
ISBN:LAPANTUJUHKIS