Description
Nukilan ulama klasik ternama ini menyapa setiap hamba yang berniat meninggalkan maksiat dan dosa. Ia mengajak siapa saja yang merasa punya catatan amal penuh noda untuk membersihkannya dengan air mata. Banyak kisah tentang para sahabat Nabi, para wali berserta ayat, hadis dan syair disajikan agar kesedaran untuk bertaubat kian menebal dalam diri. Kisah-kisah itu menceritakan pelbagai pengalaman, kesedaran dan keinsafan yang boleh kita teladani atau pelajari dalam menjadi hamba yang bertaubat.Bertaubat adalah jalan tercepat mendekati Allah. Dan, uniknya, pertaubatan yang hendak disampaikan Ibnu al-Jawzi kepada Anda bukan semata-mata pertaubatan setelah mengumpulkan dosa, tetapi sebentuk pembiasaan diri meraih pengampunan dengan melakukan pelbagai amalan di tengah keheningan malam. ISBN:9789832423232