Black Friday Sale: 25% Discount Off All Second Hand Books

Air Mata Kesengsaraan Rohingya: Identiti, Penindasan dan Pelarian

By: Azharudin Mohamed Dali, Azlinariah Abdullah

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM19.90 RM14.93

1 in stock

Description

ROHINGYA, barangkali tidak keterlaluan jika ia dianggap sebagai kaum yang paling malang dan dilupakan di planet ini. Berasal dari Myanmar, hidup secara diaspora selepas lari akibat ditindas dan diseksa oleh tentera yang memerintah. Bukan itu sahaja, sejarah yang mengaitkan mereka berasal dari Arakan, sebuah pusat penyebaran Islam suatu ketika dahulu, tidak membolehkan mereka mendapat kerakyatan di negara sendiri disebabkan penggubalan undang-undang berhubung kewarganegaraan. Keadaan ini menyebabkan mereka menjadi pelarian, dibelenggu masalah identiti, hidup penuh duka nestapa dan menjadi minoriti Muslim Myanmar yang sentiasa bertemankan air mata kesedihan serta meratapi nasib yang menimpa mereka.

Namun ramai dari masyarakat dunia yang tidak mengetahui masalah akar daripada kisah Rohingya ini. Adakah Rohingya didera secara berterusan disebabkan agama yang dianuti oleh mereka? Atau mungkin apa yang menimpa Rohingya sejak dahulu sehingga kini adalah sebahagian daripada perancangan licik kerajaan yang memerintah untuk menghapuskan etnik minoriti? Dengan mengetahui akar kepada masalah ini akan melorongkan Rohingya ke jalan penyelesaian.

Buku ini menjawab semua persoalan mengenai asas masalah Rohingya, bermula dengan sejarah hingga kepada isu pelarian yang kemudiannya berkait pula dengan soal hak asasi. Atas sifatnya itu, buku ini sangat sesuai dijadikan bahan rujukan untuk pelajar di pusat pengajian tinggi yang mengikuti kursus sejarah, etnik dan minoriti, para guru dan pelajar sekolah menengah atas dan peminat sejarah Asia Tenggara, bidang etnik dan minoriti, serta cabang hak asasi manusia. ISBN:9789670326474

Additional information

Weight 366 g
Dimensions 225 × 152 × 13 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

Goodreads Rating

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789670326474