Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *

Aku Ada Dia

By: Lynn Allyna

Book Condition: Like new
Click here to learn more about Book Conditions

RM17.90 RM12.53

1 in stock

Description

Ayu Harlina pasrah. Demi anaknya, dia rela melepaskan Engku Fareez. Enam tahun berlalu dan takdir menemukan mereka sekali lagi. Walaupun cinta masih ada di hati mereka, tapi keadaan menghalang.

Engku Fareez berusaha untuk memujuk, tapi hati Ayu Harlina masih ragu-ragu. Cukuplah dia rasa rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu hancur. Dia tak mahu jadi parasit yang mungkin akan hancurkan rumah tangga orang lain pula.

'Abang... jangan main-main boleh tak?' Dia tak suka dan tak selesa bercakap tentang hati dan perasaan dengan Engku Fareez. Keadaan dah berubah. Mereka bukannya suami isteri macam dulu. Tolonglah faham.

'Abang tak main-main. Sejak kali pertama abang jumpa Ayu dua minggu lepas, abang rasa makin rindu. Macam dah tak boleh ditahan-tahan. Kalau dulu, tak boleh jumpa sebab tak tahu Ayu kat mana, tapi bila dah jumpa semula ni memang abang tak mahu lepaskan peluang.' Jujur sahaja Engku Fareez membuat pengakuan.

'Abang... jangan buat Ayu rasa serba salah boleh tak? Abang dah ada keluarga sendiri, kita dah tak boleh jumpa macam ni. Kalau Hayfa atau keluarga Hayfa tahu macam mana? Kalau bonda abang tahu macam mana? Ayu tak sanggup kalau apa-apa jadi kat Hanania. Ayu tak sanggup, abang.'

'Ayu tak rindukan abang ke?'

Tapi mampukah dia menahan hati yang masih sarat dengan cinta? Siapa Sarah? Dan apa kaitan Hayfa dan Tengku Soraya dalam kehidupan mereka?

'Cintai Dia. Percayalah pada-Nya. Kerana Dia akan sentiasa ada untukmu.' 
ISBN:9789670874043

Additional information

Weight 387 g
Dimensions 185 × 115 × 25 mm
Publisher

Format

Language

Book Condition

Published Year

Goodreads Rating

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789670874043