Description
"Saya mahu bibik yang pandai gubah bunga, baiki paip, fasih berbahasa Inggeris, mahir menjahit dan ada lesen memandu! beritahu Ina.
"Amboi, tingginya impian awak! Bibik pun manusia biasa seperti kita. Bukannya Superman! Farah tersentak.
Superman? Ina mengulang perkataan itu. "Betul cakap awak, Farah! Bibik memang manusia biasa. Tetapi saya tidak mahu yang biasa-biasa. Saya mahu seorang superbibik!
Apakah kesudahan pencarian superbibik oleh Ina dan Fasha? Ketahuilah Kesudahannya dalam Aku Mahu Superbibik!