Below RM130 - 10% off
Above RM130 - 15% off
Above RM180 - 20% off

Antara Langit, Bumi dan Dua Hati (Malay)

By: M. Hany Hisham

Book Condition: Good
Click here to learn more about Book Conditions

RM14.90 RM13.41

1 in stock

Description

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Ilyani Izhar mengembara sendirian ke Eropah untuk meraih ketenangan jiwa dan memulihkan semangatnya. Di hari-hari awal kembara, takdir telah menemukannya dengan seorang pemuda Melayu, Firman Mukhlis, seorang jurutera yang awalnya datang atas urusan kerja. Pertemuan pertama di Lembah Zaanse Schans membuka lembaran baharu kisah kembara mereka berdua. Dua jiwa yang dulu bersendirian, kini berteman, beriringan mengembara bersama.

Sebuah persahabatan tanpa prasangka mula terjalin dan akhirnya membibitkan rasa kasih. Benih-benih kepercayaan bercambah lantas mengurai tawa dan menyingkap kisah derita yang tersembunyi. Mereka bersama-sama melalui pengalaman indah, melihat yang zahir dan mentafsir yang tidak terlihat dengan mata hati.

Hingga suatu hari, bahagia yang sedang dikecapi menemui titik kekusutan gara-gara jiwa Ilyani yang masih dibayangi konflik silam. Hingga membawa mereka kepada langkah berasingan. Tidak lama untuk Ilyani tersedar ada sesuatu telah bersarang dalam sanubarinya. Persahabatan mereka sejati. Sabda kasih yang ditutur Firman telah terukir menjadi prasasti dalam jiwanya. Dia umpama pohon bunga layu yang mulai menghala ke sebuah cahaya. Jiwanya perlukan sang juragan untuk merungkai misteri kehidupan di antara langit, bumi dan hati.

Kala diterjah kerinduan, Ilyani jejaki semula denai memori mereka. Dia harus menemui Firman semula. Kalau dahulu dia dijejaki, kini gilirannya untuk menjejaki lelaki itu. Usaha mencari Firman akhirnya membawa dia ke kota Paris. Apakah takdir yang tertulis untuk Ilyani di penghujung kisah kembaranya itu? Dapatkah dia bertemu kembali dengan Firman atau untuk kesekian kali nasib malang bertamu dalam hidupnya?

'Aku tinggalkan dia tanpa sebarang kata selamat tinggal, dan kini dia tinggalkan aku tanpa sepatah kata pemisah. Adil. Aku tidak berhak untuk meminta lebih.'

'Aku takut untuk berhadapan perit sebuah takdir. Biar sahaja aku begini dengan sisa harapan yang bisa aku gubah menjadi mimpi.' ISBN:9789671371909

Additional information

Weight 363 g
Dimensions 189 × 131 × 31 mm
Book Author

Publisher

Format

Published Year

Language

Book Condition

Goodreads Rating

No. of Pages

ISBN 9789671371909