Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *
Buy this product to earn 18 Coins

Anwar: Come Back (Gelombong Reformasi Ke Dua)

By: Mohd Sayuti Omar

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM29.90

1 in stock

Description

Sekurang-kurangnya tiga ramalan penulis mengenai jatuh bangun Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kancah politik sudah menjadi kenyataan.

Tahun 1991-menerusi buku "Tuhan Pilih Siapa" penulis meramalkan Anwar akan menghadapi masalah di dalam UMNO yang menyebabkan beliau akhirnya akan disingkirkan dari parti itu. Ternyata pada 2 September 1998 beliau dipecat dari UMNO dan semua jawatan yang dipegangnya.

Tahun 1995-menerusi buku "Agenda 1996 - Anwar Lawan Mahathir" penulis membuat spekulasi dan pengamatan bahawa bukan mudah untuk Anwar menjadi Perdana Menteri. Lantas beliau menyarankan supaya Anwar bijaksana di dalam menyusun strategi dan taktiknya, jika tidak, tidak mustahil Anwar akan menjadi Timbalan Perdana Menteri ketiga terlepas jawatan PM, seperti mana dialami Musa Hitam dan Ghafar Baba.

Sekali lagi kebimbangan penulis itu menjadi kebenaran, apabila pada tarikh sama (2 September 1998) telah menafikan Anwar daripada kedudukan itu seterusnya untuk menjadi PM.

Apabila Anwar dipecat dan kemudian didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun, penulis sekali lagi bermain dengan spekulasi dalaman dan penuh maknawi dengan menyakini Anwar akan bebas sebelum genap tempohnya dan paling cepat pada tahun 2004 ditangan Abdullah Ahmad Badawi. Ramalan ini disebut dalam buku "Sandiwara Belum Selesai".

Kira-kira tiga tahun selepas ramalan itu, ia menjadi kenyataan apabila pada 2 September 2004 lalu Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah menerima rayuan Anwar bersabit kes liwat. Dengan itu beliau kini dibebaskan.

Demikianlah ramalan tepat penulis mengenai rencah politik Anwar Ibrahim. Apa pun semua ramalan itu kini menjadi bahan sejarah dan nostalgia yang tidak dilupakan. Penulis tidak berhenti di situ sahaja dalam melihat masa depan Anwar yang berliku. Menerusi buku ini penulis sekali lagi 'membingungkan ramai orang apabila beliau menyatakan Anwar akan jadi Perdana Menteri.

Rahsia ramalan dan 'sirr' kemungkinan inilah yang menjadi intipati buku ini dan sangat perlu diketahuil oleh semua orang khasnya yang mencintal Anwar.
ISBN:9789839032369

Additional information

Weight 202 g
Dimensions 214 × 140 × 10 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789839032369