Description
SELURUH dunia menumpu ke negara kita pada 2 September 2004. Suatu hari yang tercatat dalam sejarah politik Tanahair apabila Mahkamah Persekutuan di Palace of Justice (Istana Keadilan) di Putrajaya membebaskan tokoh 'Pembaharuan Asia', Datuk Seri Anwar Ibrahim. Suatu hari yang membawa erti sebuah kemenangan besar bagi seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan kesejahteraan serta juga buat pejuang reformasi.
Anwar Ibrahim kini menjadi objek tarikan dunia. Pembebasannya turut menggerunkan sekaligus menggoncangkan seluruh jiwa raga para konspirator politik tertinggi dalam UMNO, terutama sekali Tun Dr Mahathir Mohamad dan koncu-koncunya. Pembebasan Anwar Ibrahim juga sudah pasti akan mencetuskan momentun baru yang akan mengocak gelombang merubah landskap politik negara. Faktur inilah amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat dan masyarakat antarabangsa. Situasi ini dikupas dalam buku 'ANWAR IBRAHIM Selepas Pembebasan Selamat membaca-JAMALUDIN MD. ISA.
ISBN: 9789834165314