Description
Anwar sudah dapat pasport antarabangsa, sebaik sahaja dibebaskan dari mahkamah, bermakna dia boleh pergi ke mana saja dia suka... tetapi yang Anwar mahu ialah PASPORT POLITIK. Bersediakah Pak Lah dan Umno memberi pasport politik kepadanya?
Benarkah musuh Anwar gementar dengan pembebasannya dan siapakah yang memain peranan membebaskannya?
Di mana kawan-kawan yang telah Anwar bantu dan bagaimana reaksi mereka?
Ada yang mengatakan Umno akan mengalami perpecahan apabila api reformasi Anwar marak semula. Sama ada Anwar masih menggugat senario politik Umno itu satu pertanyaan yang terjawab di dalam buku ini.
Apa pun tidak boleh dinafikan LANDSKAP POLITIK tanah air pasti berubah dengan kehadiran Anwar. Ini bermakna Anwar masih relevan.