Description
Buku Pendidikan Islam untuk kanak-kanak ini di rancang dan disusun khusus untuk kanak-kanak beragama Islam. Bidang pengenalan ini menekankan asas-asas keimanan kepada Allah S.W.T. dan melakukan amal ibadat sebagaimana yang dibentangkan dalam sirah Rasulullah S.A.W. bagi membentuk sahsiah, displin dan cara hidup Islam.
Melalui bidang pengalaman ini, kanak-kanak diharap dapat menyedari tentang adanya pencipta alam ini, iaitu Allah S.W.T. Mereka diharap boleh menikmati keindahan alam serta menyedari tanggungjawab untuk menjaga alam ini dengan baik.