Description
Penulis dilahirkan di Kampung Langgapayung, Sumatra Utara, 8 Februari 1948. Pernah mengikuti pendidikan teknik. perfi- leman dan teater. Terakhir mengikuti kuliah dalam bidang bahasa dan sastera di Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan di Bandung hingga mencapai gelaran Sarjana.
Mulai menulis ketika berumur dua puluh lima tahun dan menjadi wartawan sambilan di salah sebuah akhbar mingguan di Bandung. Melanjutkan kerjayanya di Kuala Lumpur sebagai wartawan majalah Alam Wanita terbitan Pustaka Antara dalam tahun 1979. Pernah bekerja selama setahun di Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur. Sejak Disember 1980 menjadi guru Bahasa di Unit Pengajian Bahasa. Universiti Sains Malaysia.
Buku Asas-asas Cerita Rekaan dan Seni Lakon ini adalah tulisan ilmiah beliau yang pertama dalam bentuk buku. Buku ini terbahagi kepada lima aspek iaitu; pendahuluan. persiapan menulis, asas-asas cerita rekaan, penulisan cerita pendek dan seni lakon. Buku ini adalah buku panduan untuk penulis, peng- kritik sastera, penyunting dan pembaca yang berminat dalam bidang sastera kreatif.