Description
Buku 'Asas-asas Islam ini kami kemukakan kerana isi kandungannya amat mudah difahami dan perlu dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin mendapat gambaran atau 'tasawwur' ajaran Islam secara yang lebih jelas. Penjelasan yang dike- mukakan oleh pengarangnya Al-Ustadh Abul A'la Al- Maududi amat menarik dan dapat diikuti oleh berbagai kalangan kerana cara yang dikemukakan ini adalah cara yang sederhana.
Setelah memahami kandungan buku ini kami yakin para pembaca akan dapat melihat bagaimana Islam mengatur kehidupan untuk manusia di atas muka bumi ini. Bermula dari pengertian 'aqidah dengan segala cabangnya pengarang telah menghuraikan hubung-kait dengan perilaku dan per- jalanan hidup insan.
Berhubung dengan persoalan 'aqidah ini juga para pem- baca akan bersua dengan persolan Nubuwwah (keNabian) yang merupakan asas yang sangat penting dalam Islam. Sayangnya di zaman muta'akhir ini kita melihat semangat dan kefahaman ummat Islam terhadap besarnya peranan Nabi dalam Islam semakin malap kerana dangkalnya ke- fahaman ummat Islam terhadap ugamanya. Perasaan kasih dan cinta kepada Nabi kian luntur dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan ummat Islam yang tidak lagi meng- hidupkan sunnah dalam segala segi dan bidang pekerjaan.
Bahagian akhir buku ini akan memberi penjelasan yang padu tentang tasawwur pengertian syari'at dan hubungannya dengan Islam dan apakah pula kewajipan kita setelah kita akui ketinggian dan kemuliaan syari'at Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Kami do'akan semoga buku ini akan memberi sum- bangan yang berguna kepada para pembaca sekelian.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyata- kan rasa terimakasih dan penghargaan kami kepada Al- Ustadh Yahya Hj. Othman kerana kerjasama yang beliau berikan sehingga buku ini dapat diterbitkan dalam bentuk yang lebih sempurna. JazakumuLlahu Khairan Kathira.
ISBN:9789678300674