Description
SIRI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UTUSAN terdiri daripada buku-buku yang mengulas berbagai-bagai persoalan dalam pengurusan dan pentadbiran seperti perlaksanaan dasar, kewangan, kepimpinan, mutu kerja dan produktiviti. Buku-buku dalam siri ini mengandungi saranan, peraturan, dan panduan yang perlu diamalkan oleh setiap pengurus, pentadbir, dan perancang atau sebarang individu dalam organisasi seperti syarikat swasta dan jabatan kerajaan.
Asas Pengurusan cuba mendekatkan aspek asas ilmu pengurusan yang dianggap penting kepada pembaca yang ingin mendalami bidang pengurusan. Topik seperti Perancangan, Pengorganisasian, Kepimpinan, Kawalan, Bidang Pengurusan Terkhusus dan Gelagat Organisasi telah dibincang dengan terperinci. Lima bab dalam buku ini dimulakan dengan kes pendek agar pembaca boleh memahami intipati sesuatu tajuk yang dibincangkan. Bab seterusnya diperluaskan lagi kepada pecahan ilmu pengurusan agar isu-isu kompleks dapat dipermudahkan. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh pengurus, ahli perniagaan, pelajar pengurusan di semua pusat pengajian tinggi di Malaysia dan pembaca yang meminati bidang pengurusan.