Description
Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu I ini direka bentuk berdasarkan Sukatan Pelajaran terkini Bahasa Melayu 1 bagi program Persediaan ljazah Sarjana Muda Perguruan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku ini dianggap penting kerana ia meliputi kesemua tajuk pembelajaran bagi semester 1, 2 dan 3 yang terdapat dalam sukatan pelajaran tersebut. Justeru, buku ini dapat membantu para pelajar bagi memenuhi kehendak dan keperluan kursus perguruan dalam pengajian bahasa Melayu. Selain boleh dijadikan buku teks bagi pelatih di institut pendidikan guru, buku ini juga sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah, guru-guru dalam perkhidmatan, pelajar di universiti dan institusi pengajian tinggi yang lain serta mereka yang berminat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Buku in mengetengahkan aspek bahasa seperti sejarah, fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, sistem ejaan dan sebagainya. Selain itu,
disediakan juga soalan-soalan perbincangan dan contoh solan peperiksaan sebagai panduan kepada pensyarah untuk enediakan soalan bagi menguji pemahaman pelajar. Keupayaan buku ini dalam memperlihatkan fakta terkini dan membicarakan aspek
berkaitan dengan jelas dan mudah difahami, dipercayai dapat membantu guru dan bakal guru mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bahasa Melayu.
ISBN: 9789834504403