Description
Di sebuah kota yang terletak dipinggir Laut Merah dididami oleh kaum Bani Israel. Sebahagian besar daripada mereka bekerja sebagai nelayan. Selebihnya ada yang berniaga dan membuat pelbagai kerja lain. Mereka telah diperintahkan oleh Allah supaya memberhentikan segala kegiatan pada hari Sabtu. Ini kerana hari tersebut dikhaskan untuk beramal ibadah. Namun, berlaku satu kejadian yang menyebabkan mereka melanggar perintah Allah. Apakah kejadian tersebut? Mengapa mereka sanggup melanggar perintah Allah? Bagaimana Allah membinasakan hamba-Nya yang ingkar? Ikutilah kisah selanjutnya dalama buku ini. Malah terdapat banyak lagi kisah-kisah yang menarik di dalamnya.ISBN:9789830971711