Description
"Alia...." Terketar suara perempuan tua itu apabila terpandang wajahnya. "Bukan Alia mak. Amiza," celah Kak Yah yang baru keluar dari kereta. "Miza, kenalkan ini mak mentua Kak Yah dan ini suami Kak Yah. Miza boleh panggil Abang Hamdan." Kak Yah mengenalkan mereka kepada Amiza. "Yati dan Yani, mak tak kenalkan?"
Budak perempuan yang berusia sepuluh tahun itu mencelah. "Lupa pulak mak. Ini Haryati yang sulung dan Haryani yang bongsu." Amiza hanya memandang sahaja. Dia tidak berkata apa-apa pun. Apabila dia memandang Yusri, Yusri membalas pandangannya.
Tiba-tiba Amiza menjadi serba salah. Mengapa pula perempuan tua itu memanggilnya Alia sebaik sahaja memandangnya?
Siapa sebenarnya Alia dalam keluarga Abang Hamdan?
Dan apakah dia akan ditugaskan untuk menjaga perempuan tua yang duduk di kerusi roda itu? . . .
Pemergian Alia mengheret penyeksaan, lantaran tindakannya di luar batas keimanan. . . .Kehadiran Amiza membangkitkan kenangan, lantaran wajah-nya serupa menggamit perasaan.
Namun Amiza bukan Alia. Dia terbelenggu dalam dunia Alia, yang penuh misteri dan menyakitkan. . . .
ISBN: 9838931543