Description
Kebanyakan daripada kita mendengar dan membaca tentang kisah kejayaan: tentang ganjaran kejayaan; tentang waktu- Waktu bagus dan gembira, dan lain-lain. Sebabnya kerana kebanyakan orang tidak gemar bercakap mengenai kegagalan dan pengalaman buruk mereka. Masyarakat kita hari ini telah "dirancang" supaya "menghindari" kegagalan. Kita memandang rendah terhadap orang yang telah gagal. "Gagal" itu dianggap sebagai sesuatu yang "buruk". Dunia hari ini menggemari yang menang dan yang tewas tidak diterima. Kita telah sampai ke peringkat yang mana telah ditetapkan bahawa "Tiada sesiapa pun patut membuat kesilapan" dan orang yang membuat kesilapan dihukum.
Tiadakah langsung sebarang nilai pada kegagalan? Buku ini menyentuh "sisi yang satu lagi" bagi kisah kejayaan. la merupakan suatu sisi yang ramai orang dapat benar-benar belajar daripadanya Bagi jutaan orang yang telah mencuba dan gagal, buku ini memerihalkan segala-galanya bagi pihak anda. Semoga anda bangkit kembali - seperti burung phoenix dalam dongeng Cina yang bangkit kembali menjelma daripada abu dirinya sendiri selepas hangus terbakar dalam pertarungan - selepas anda membaca buku ini.
ISBN: 9779839323000