Description
Tanda cinta seseorang hamba kepada Allah adalah ketika dia takut akan ancaman api neraka. Sedangkan tanda cinta yang setingkat di atasnya adalah ketika seorang hamba mengharap kenikmatan syurga.Akan tetapi, tahukah anda bahawa puncak dari segala darjat cinta adalah keinginan yang demikian menggebu untuk dapat selalu menghadirkan Allah di hati. Tekad kuat untuk selalu bersama syariat-Nya dalam segenap sisi kehidupan. Cinta yang melebihi segala cinta kepada kekasih, keluarga dan sanak saudara. Meletakkan Allah layaknya kekasih hati yang selalu berharap berjumpa dengan-Nya, mendekatkan diri pada-Nya dengan pelbagai cara dan rindu untuk merajut tali kasih serta dengan berjumpa dengan-Nya. ISBN:9789671138540