Description
Ramai umat Islam kini begitu sibuk dengan urusan duniawi sehingga mengabaikan solat. Walhal waktu pengabdian diri kepada Allah tidak lama dan hanya memakan masa sekitar lima minit sahaja. Dek terlalu mengejar hal keduniaan maka berlakulah pula kepincangan dalam mengerjakan rukun Islam yang kedua tersebut.Justeru, penerbitan buku ini diharap dapat menjadi panduan kepada Muslimin khususnya supaya kembali memperbetulkan ibadat solat masing-masing. Perkara-perkara seperti penambahan sewaktu mengerjakan solat dan unsur bidaah dalam solat antara yang perlu anda beri perhatian dalam buku ini.
Tidak lupa adab dan cara solat Rasulullah bermula niat, takbiratulihram sehingga memberi salam turut diberi penekanan lanjut dalam edisi kali ini. Perkongsian sebuah risalah oleh Syeikh Abdul Aziz bin 'Abdillah bin Baz Hafizhahullah mengenai cara solat Rasulullah setelah disusun atur dengan baik setiap daripadanya turut diberi penjelasan supaya manfaatnya mudah diambil dan dilaksanakan anda kelak. Insya-Allah.