Description
Khaizrul yang menjejak Ads di Kuala Lumpur atas permintaan Profesor Junaidi untuk membawanya ke tahun 2100 menimbulkan ketegangan di antara dua jasad itu. Ads yang terus bersikap enggan mempercayai sesiapa kecuali orang yang dikenalinya memaksa Khaizrul menggunakan kekerasan untuk mengajak lelaki itu ikut bersamanya ke tahun 2100 dengan mesin masa yang masih dalam percubaan.Nad dan Faisal yang bersama dengan Ads sehari selepas bertemu dengan Khaizrul di KL membuatkan dua sahabat baik Ads itu turut terjebak sama masuk ke tahun 2100. Di sana mereka berempat terpisah. Titik darat mereka berempat saling berbeza-beza.
Sewaktu berada di tahun 2300 tersebut, Ads tertangkap oleh tentera bersut putih dan menjadi tahanan di Bangunan Putih yang dijaga oleh Jeneral Nic. Ketika dalam tahanan, Ads bertemu dengan Izman atau Iz di dalam bilik tahanan yang sama. Doktor Jules yang bermata bundar dan bermuka halus dan putih mengingatkan Ads kepada ibunya. Doktor Jules yang merupakan anak kepada Jeneral Nic turut membantu Ads untuk melepaskan diri dari bangunan Putih tersebut.
Nad pula yang sedang lari dari tentera bersut putih ditangkap ketika berada di lorong gelap oleh dua lelaki yang memang mengekorinya. Dia dibawa ke hujung Kota Besar di sebuah bangunan usang selepas dipengsankan. Di dalam bangunan usang itu, adalah menjadi port buat golongan-golongan kutu liar untuk bersosial. Hampir sahaja dia dirogol namun Khaizrul sempat menyelamatkannya.
Faisal diselamatkan oleh seorang nenek tua yang menggelarkan dirinya sebagai Puan Buers dari kejaran tentera bersut putih. Namun disebalik pertolongan itu, rupa-ruapnya Faisal dijebak masuk ke dalam koloni penyembahan tuhan Matahari dan bakal akan dikorbankan. Hatinya yang terpaut pada Sophie anak kepada Puan Buers tidak mampu mengubah apa-apapun. Dia tetap akan dikorbankan.
Pertemuan mereka semula semua dan Ads telah berjumpa dengan professor Junaidi membuka segala rahsia mimpi yang selama ini yang selalu mengganggunya. Segalanya terungkai. Namun baru sekejap pertemuan mereka, professor Junaidi dibunuh oleh Tan Sri Naufal di hadapan mereka ketika mereka bersembunyi di bilik pandang terus satu hala. Mereka turut serta dengan perjuangan yang Dean lakukan untuk menjatuhkan kuasa kerajaan di Kota besar. Maka dari situ mereka cuba menebus segala kesedihan dengan menumbangkan kerajaan sebelum balik ke tahun 2013. Cuma Nad dan Khaizrul yang akan pulang ke tahun 2013!
ISBN:9789670591209