Description
Mariam, Wan Khatijah dan Puteh merupakan tiga wanita muda dari berlainan latar hidup yang mendapati masa depan mereka telah dimusnahkan oleh kaum lelaki. Mariam menyalahkan manusia lelaki yang menghancurkan hidupnya. Wan Khatijah percaya bahawa maruah keluarganya adalah kemiskinan hidupnya. Puteh menganggap wanita akan terus sengsara selagi sifat lemah mendampingi dirinya. Lalu, mereka jadi berani untuk terbang bebas dan mencari kebahagiaan di pentas joget Bunga Tanjong. Namun, persahabatan mereka mula berubah akibat munculnya cabaran hidup yang tidak terdugakan. Ternyata kebebasan yang mereka idamkan di Bunga Tanjong itu sebenarnya merupakan sangkar kehidupan mereka.Kebahagiaan tidak semudah yang diharapkan. Mereka harus mencari kekuatan diri buat menghadapi cabaran baru dari dunia yang masih dikuasai manusia lelaki itu. Tapi berbekalkan cita-cita dan cinta dapatkah mereka menemukan kebahagiaan hidup? Cita-cita yang kuat tidak akan mematahkan semangat seorang wanita untuk berjaya. Cinta yang murni sentiasa ada untuk jiwa yang baik tapi memerlukan pengorbanan. Bunga Tanjong memberikan pengertian hidup yang tidak ternilai untuk mereka bertiga. Hanya nafsu serakah yang menggagalkan mereka. ISBN:9789810985813