Description
'Awak tahu tak, muka awak kalau nak dibandingkan dengan Myvi katak saya tu sepuluh kali lebih sejuk mata saya memandang Myvi katak tu tau.' - Qaisara'Memanglah'ยฆ Awak pernah tengok cerita putera katak tak? Lepas puteri cium katak, katak bertukar jadi putera yang kacak kan? Cuba awak cium saya.' - Radin
Oh'ยฆ nanti dulu. Ini bukan kisah dongeng putera katak dengan puterinya. Tapi ini kisah hidup dua beradik, Qaisara dan Qhalish. Disebabkan sayangkan kakaknya dan melihat Radin, sahabatnya, mampu untuk menjaga kakaknya dengan baik, Qhalish benarkan Radin untuk dekati kakaknya. Bagi Qaisara, cintanya kepada sesiapa pun sudah tamat tempoh. Hidupnya hanya kafenya juga adiknya.
'Saya ni dah tua. Bukan sikit, tapi banyak. Jadi, saya rasa kalau awak dah terdesak sekalipun, bukan dengan saya kut. Ramai lagi perempuan muda.' - Qaisara
Radin berusaha sehinggalah dia berjaya menyemai dan membuka semula hati Qaisara. Tapi, tentangan mamanya membuatkan dia sedikit kecewa. Tambahan bila dilihat Qaisara sepertinya mahu mengalah sebelum berjuang. Kehadiran Arisa, adik ipar yang menganggap Qaisara sebagai musuh, Puan Iris, mama Radin, juga Megat Haikal, cinta lamanya membuatkan Qaisara semakin tertekan. Kenapa dengan tiba-tiba hidupnya yang sebelum ini tenang menguruskan kafe dan adiknya menjadi sebegini? Apakah kembalinya Megat Haikal mampu mencairkan rasa cinta yang terlakar antara mereka berdua atau Radin lebih teguh di hatinya walaupun lelaki itu lebih muda daripadanya? ISBN:9789672116608