Description
Di universiti, Farah Amira mengenali Amer. Empat tahun mereka menjalinkan hubungan cinta, akhirnya mereka terpisah akibat salah faham dan buruk sangka. Kerana terlalu kecewa, Farah lari membawa diri ke Kota London. Di sana, dia bertemu dengan seorang jejaka bernama Ikmal. Tanpa dia sedari, Ikmal juga menaruh perasaan terhadapnya. Masa berlalu pantas, akhirnya tiba masa untuk Farah kembali semula ke tanah air. Hatinya masih mengingati Amer. Namun, dalam pada masa yang sama, Ikmal terus setia menanti, mengharapkan cinta Farah, Farah lemas dan keliru apakah rasa sebenar hatinya.
Apabila ingatannya kembali memikirkan Amerlah orangnya, dia terkenang kembali bagaimana sanggupnya lelaki itu menghina dirinya, Sedangkan Ikmal, walau sekasar mana pun nada suaranya, tidak pernah mencacinya sebegitu rupa. Mungkin kerana Ikmal baru sahaja dikenalinya.
Ahh... Farah lemas dalam pertanyaannya sendiri. Farah Amira Maafkan diriku... Apa yang berlaku, apa yang terjadi, drama antara kita, bukanlah aku yang pinta. Aku tewas, aku lemah, aku naif, aku rebah dalam dusta, aku musnahkan cinta. Tapi berilah aku peluang kedua, kerana aku masih cinta.~ Amer
Jika Vika benar Syasya masih menaruh perasaan terhadapnya, tidak sanggup rasanya dia untuk melukakan hati Syasya, seorang teman yang sangat istimewa dalam hidupnya itu. Adakah kepulangan Syasya pada masa ini adalah tepat pada masanya? - Ikmal
ISBN: 9789675489310