Description
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia ini menyenaraikan perkataan-perkataan umum yang terdapat di dalam bahasa Malaysia pada masa ini yang disusun berdasarkan ejaan Rumi baru yang diisytiharkan pemakaiannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia. Badan yang ditugaskan menyusun pe doman ejaan Rumi di Malaysia ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pelajaran, dan Jawatankuasa ini diletakkan di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Daftar ini disusun berdasarkan kata-kata masukan yang terdapat di dalam Kamus Dewan (1970), Kamus Umum Bahasa Indonesia (1976), Kamus Dwibahasa (1979), dan bahan-bahan bertulis yang lain. Kandungan buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah pendahuluan. Dalam pendahuluan ini diberikan pedoman ejaan yang disusun dengan mudah berdasarkan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975). Bahagian ini juga memberikan penjelasan tentang kaedah menyusun buku ini. Bahagian kedua buku ini mengandungi senarai kata-kata umum yang disusun menurut abjad. Di samping kata-kata umum sebagai kata masukan pokok, dimuatkan juga kata masukan sam pingan sebagai penjelasan atau keterangan kepada kata-kata yang boleh mengelirukan, terutamanya kata-kata yang ber ubah ejaan apabila menerima imbuhan tertentu atau kata-kata yang ejaannya sama. Bahagian ketiga termuat empat buah senarai lampiran, iaitu senarai gabungan kata umum yang ditulis sebagai satu perkataan, senarai contoh penulisan kata berimbuhan, senarai contoh penulisan kata depan serta se narai contoh penulisan partikel dan kata ganti singkat di dalam bahasa Malaysia.
Sebagai sebuah daftar ejaan Rumi yang dianggap paling lengkap sehingga kini, Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia ini tidak syak lagi dapat digunakan sebagai sebuah buku rujukan pantas yang dapat membantu pengguna bahasa Malaysia mengeja atau menulis kata-kata dengan ejaan yang betul. Oleh itu daftar ini diharap dapat mengurangkan dan akhirnya menghapuskan kesalahan ejaan yang masih terdapat di ka langan awam selama ini, terutama sekali di kalangan media am,pengiklanan, jabatan sektor swasta, jabatan sektor awam, institusi pengajian tinggi dan sekolah.