Description
Inilah cerita perjuangan ayah, datuk dan moyangku kesemuanya pejuang-pejuang berjiwa besar. Akibat kerakusan penjajahan Belanda di Sumatera, moy- angku diusir dari kampung halaman dengan pilu dan kejam sejak kurun ke-19. Datukku terpaksa berhijrah ke Malaysia sehingga Selat Melaka memisahkannya dengan keluarga, anak dan isteri selama bertahun-tahun lamanya.
Ayahku, Ahmad Mahidin, dibesarkan di zaman Jepun pada 1931 di Ayer Tawar Perak. Kehidupan serba susah sebagai anak yatim tidak menghalang kejayaannya sehingga mendapat pendidikan tinggi di zaman pemerintahan Inggeris. Pada era pembangunan yang rancak selepas kemerdekaan, beliau menjadi pelopor ('pioneer') kepada pembukaan hutan untuk perladangan getah dan kelapa sawit (FELDA) serta penanaman semula getah (RISDA).