Black Friday Sale: 25% Discount Off All Second Hand Books

Dengan Atau Tanpamu

By: Cik D

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM17.90 RM13.43

1 in stock

Description

Bila tiba waktunya aku harus memilih... Dengan Atau Tanpamu?

Dian Fatihah kata Jeffry Azman, cucu jiran sebelah merangkap abang angkatnya itu gila kerana meminangnya tiba-tiba. Tambah gila bila lelaki itu terus mendesaknya untuk menjalin satu hubungan yang bagi Dian mustahil untuk dilaksana.

Alasan demi alasan Dian cipta demi menyelamatkan diri daripada jodoh tak diundangnya itu. Tak dijangka, hadir Adryan Umar, jejaka tampan yang merupakan anak kepada kenalan Dian dan mamanya sewaktu di Tanah Suci. Kehadirannya buat hati Dian tak tenteram di tempatnya. Tambah tak tenteram bila dengan tiba-tiba kunjungan mengejut Adryan bersama uminya, berubah menjadi sesi peminangan tidak rasmi buat dia.

โ€œDian nak ke kalau umi masuk meminang Dian untuk abang?โ€ โ€“ Ryan
โ€œKita baru jumpa sekali kut!โ€ โ€“Dian
โ€œTapi abang rasa macam dah lama kenal Dian.โ€ โ€“ Ryan

Antara jodoh tak dijangka dengan jodoh tak diundang, Dian lebih yakin untuk memilih jodoh tidak dijangkanya.Walaupun pertemuan singkatnya bersama Adryan Umar hanyalah satu kebetulan, pada Dian sudah cukup untuk dia meyakinkan hati yang sudah mula tertarik dengan peminangan ikhlas lelaki dari negeri Jelapang Padi itu.

Pinangan Adryan Umar, anak kepada Hajah Rashidah diterima tanpa prejudis, seterusnya menolak Jeffry dari meneruskan hasratnya mahu memiliki gadis itu. Cinta cuba disulam walaupun dalam hati masih belum terbit perasaan cinta.

โ€œKita mulakan semula apa yang Dian tak pernah buat pada abang sebelum ni? - Dian
โ€œMacam mana tu?โ€ - Ryan
โ€œKalau sebelum ni... Dian tak sayang abang, mulai saat ni, Dian nak sayang abang. Sayang sangat-sangat, boleh?โ€

Bahagia yang cuba dicipta tak kekal lama. Semuanya ranap hanya kerana satu kejadian hitam yang tidak sempat dijelaskan. Dian disisih. Kasih yang baru disulam buatnya menghilang dan sayang yang ditunjukkan Ryan kepadanya, juga terpendam.

โ€œDengan atau tanpa dia... Hidup akan tetap diteruskan.โ€ - Dian.

Dian ditinggalkan sepi, mengharap lelaki itu kembali dan menghangatkan kembali malam-malamnya yang suram, namun hampa bila Ryan memilih untuk terus menyepikan diri.

โ€œSampai bila awak nak pendam perasaan awak tu, Ryan? Awak biar hati awak luka. Awak biar hati awak sakit setiap kali pandang saya. Cukup Ryan, lepaskan Dian kalau awak rasa dah tak mampu lihat Dian yang kotor ni ada depan mata awak...โ€ โ€“ Dian

Dian dihukum, walau silapnya bukan datang pada dirinya. Bibir meminta, namun hati tak pernah menginginkan untuk ditinggalkan hidup sendirian. Kehadiran semula Jeffry, dalam diam mahu mengubat kedukaan Dian yang kehilangan. ISBN:9789670992365

Additional information

Weight 488 g
Dimensions 184 × 113 × 31 mm
Publisher

Format

Language

Book Condition

Published Year

Goodreads Rating

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789670992365