Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *
Buy this product to earn 18 Coins

Di Sebalik Tabir Reformasi: Anwar Menggegar

By: Abdul Muluk Daud

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM29.90

1 in stock

Description

BUKAN sahaja rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden malam 20 September 1998, malah masyarakat antarabangsa turut tergamam apabila mantan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dibelasah sewaktu di dalam lokap Bukit Aman, malah kesan lebam matanya boleh dilihat ketika dihadapkan ke mahkamah pada 29 September 1998.

Justeru isu Anwar bukan berkisar pada permasalahan individu, tetapi merangkumi sistem keadilan dan institusi kehakiman sejagat. Buku 'Di Sebalik Tabir Reformasi: ANWAR MENGGEGAR' satu analisis mengenai natijah yang membabitkan keseluruhan kesan pemerintahan yang meletakkan kuasa sebagai 'perintah' dan bukan 'pentadbir'.

Sudut pandangan yang diberikan penulis juga merupakan pendekatan semi ilmiah sebagai orang ketiga yang tidak memihak. Pembebasan Anwar pada 2 September 2004 juga tak semudah yang dijangkakan kerana ianya melalui tiga pendekatan yang berbeza iaitu prosedur undang-undang, ketelusan perundingan dan kekuatan rohaniah Anwar sendiri.

Penerbitan buku ini, memang kena pada masanya, kerana pembebasan DSAI pada 2 September 2004 disambut gembira oleh banyak pihak, baik di dalam negeri mahupun luar negara dan sekaligus pembebasan beliau itu seakan menamatkan episod sedih yang terang-terangan menimpa seorang pejuang negara yang terbilang ekoran konspirasi politik yang memalukan, terutama khasnya kepada bangsa Melayu Malaysia yang beragama Islam. Selamat membaca.
ISBN:9789833208029

Additional information

Weight 213 g
Dimensions 216 × 140 × 9 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789833208029