Description
Jin adalah makhluk yang hidup bersama kita menghuni planet bumi ini. Bahkan kehadiran jin jauh lebih dahulu dari manusia Jin juga adalah makhluk mukallaf yang dikenakan hukum dan kewajipan seperti manusia, kerana mereka juga memiliki akal. nafsu dan kehendak bebas. Allah swt berfirman (maksudnya)
Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaku.'
Namun kerana sifatnya secara umum yang tidak terlihat oleh mata manusia, maka kita kadang-kadang memperoleh gambaran-gambaran yang keliru tentang bentuk, sifat dan kehidupaan jin
Buku ini berusaha merakam dialog antara Penulisnya, Muhammad Isa Dawud, dengan salah satu Jin-Islam Dialog tersebut begitu bersahaja, sehingga menjadikan buku ini benar- benar enak dibaca Dari dialog-dialog ini, pembaca akan memperoleh pelbagai maklumat baru yang menakjubkan tentang dunia jin yang sebenarnya.
Buku ini sedikit sebanyak akan meluruskan tanggapan- tanggapan kita yang salah tentang bentuk, watak dan kehidupan jun, sejak mula asal kejadiannya hingga pelbagai kejadian yang berkaitan dengan jin, seperti gangguan syaitan dan shr, lengkap dengan cara pengubatannya
Dalam beberapa topik, penulisnya menambahkan catatan yang merujuk kepada Al-Qur'an, Hadis Nabi saw serta penemuan- penemuan ilmiah hasil penyelidikan mutakhir, demi mengukuhkan kebenaran kenyataan jin tersebut
Inilah satu-satunya buku tentang jin yang begitu lengkap dan menarik, dan disampaikan dengan bahasa yang mudah dan sederhana.