Description
Buku Dinamika Dakwah: Suatu Perspektif dari Zaman Awal Islam hingga Kini ialah sebuah koleksi kertas kerja yang dibincangkan dalam beberapa seminar anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia, di antara tahun-tahun '70-an dan '80-an. Buku ini mengandungi sepuluh buah kertas kerja yang dapat dibahagikan kepada tiga tema; pertama, asas dan skop pemikiran Islฤm serta aplikasinya dalam pembangunan masyarakat dan tamadun. Tema ini terkandung dalam tajuk-tajuk berikut: Tasawwur Islam, al-Qur'an dan Sunnah sebagai Sumber Hukum dan Ilmu, Sirah Rasรปlullah s.a.w. dan Metode Dakwah Rasรปlullah s.a.w. Kedua, asas dan ciri-ciri pemikiran Islam selepas zaman Rasลซlullah s.a.w. yang dikemukakan oleh Ahl al-Sunnah, Salafi dan Harakah Islฤmiyyah. Tema ini terkandung dalam tajuk-tajuk berikut: Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, Gerakan Salafiyyah dan Harakah Islฤmiyyah. Ketiga, gerakan dakwah di Malaysia dan pendekatannya yang membawa perubahan kepada pemikiran dan sikap orang Melayu. Tema ini terkandung dalam tajuk-tajuk berikut: Gerakan Dakwah dan Kesannya dalam Masyarakat Melayu Tradisional, Tok Kenali dan Pendekatannya dalam Dakwah dan Peranan ABIM dalam Kebangunan Baru Umat di Malaysia.
Melalui penelitian buku ini pembaca akan mendapat gambaran yang jelas tentang dinamiknya pemikiran Islam dan keupayaannya dalam membawa perubahan kepada manusia ke arah hidup berbudayakan ilmu, akhlak dan keadilan undang-undang.
Diharapkan buku ini dapat membantu masyarakat memahami Islam dengan lebih jelas, dan dapat membina komitmen yang lebih mendalam untuk terus terlibat dalam penyebarannya.
ISBN:98396930852