Description
Buku DOA & TIP KHAS UNTUK PELAJAR ini adalah hasil penulisan seorang guru yang mengharapkan para pelajar dapat mncapai kejayaan bukan sahaja cemerlang di dunia tetapi juga gemilang di akhirat.
Mempunyai 10 Menu utama yang merangkumi tip-tip motivasi mengikut perspektif Islam untuk mencapai kejayaan diberkati lagi diredhai-Nya melalui usaha yang bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT disertai dengan akhlak yang mulia. Selain itu, diselitkan juga doa-doa menuntut ilmu serta panduan mengamalkan amalan-amalan sunat tanpa meninggalkan amalan yang wajib. Manakala Surah Yasin sebagai penutup buku ini berperanan untuk memudahkan para pelajar membawanya ketika menghadiri program kerohanian di samping dapat menjadikan bacaan surah ini sebagai salah satu rutin harian mereka.
ISBN:9789675489631