Description
Usaha untuk berfikir betul, tepat dan benar memang menjadi keperluan dalam kehidupan. Dengan berfikir secara betul, tepat dan benar maka tercapailah tujuan kita berfikir iaitu untuk mencapai kebenaran. Dalam tradisi Barat apalagi dalam tradisi Islam usaha berfikir memang digalakkan. Islam menggalakkan umatnya berfikir tentang alam dan kehebatan ciptaan Allah. Malah dalam al-Quran kedudukan pemikiran sangat erat kaitannya dengan soal permasalahan ilmu pengetahuan dan pemikiran. Buku ini cuba mengupas persoalan pemikiran secara umum dalam kaitannya dengan ilmu pengetahuan. Dua bidang pemikiran yang utama, yakni pemikiran kritis dan pemikiran kreatif cuba dibincangkan dengan bahasa yang mudah difahami dan disokong oleh contoh yang terdapat dalam kehidupan harian pembaca. Harapan penulisnya Datuk Jaafar Abdul Rahim, buku ini dapat memberi sumbangan kecil terhadap bidang pemikiran yang cukup luas. Mudah-mudahan pembaca dapat dapat manfaat daripada usaha berfikir secara betul, tepat dan benar yang diungkapkan dalam buku ini.
ISBN:9789834619848