Description
Kami merasa gembira dan bersyukur kerana sambutan yang di- berikan oleh masyarakat pembaca terhadap buku ini sangat menggalakkan. Cetakan pertama Fiqh Al-Sirah jilid ke 2 ini telah kehabisan dalam masa tidak sampai satu tahun. Ini me- nandakan minat para pembaca terhadap ilmu sirah semakin meluas dan diharapkan apa yang dicita-citakan sebagai hasil pembelajaran dari ilmu sirah akan menjadi kenyataan, Insya'Al- lah.
Sejak diterbitkan pada bulan Januari 1988, beberapa ca- dangan pembaikan dari para pembaca telah kami terima dan ramai yang meminta agar cetakan kedua dengan edisi baru se- gera diterbitkan.
Namun demikian hingga saat ini barulah permintaan ter- sebut dapat kami tunaikan.
Dalam edisi baru ini beberapa kesalahan bahasa dan ejaan yang terdapat dalam edisi awal telah dibetulkan di samping memasukkan beberapa tempat yang tertinggal terjemahannya. Perubahan besar yang dibuat dalam edisi ini hanyalah pada bahagian "Piagam Madinah" di mana keseluruhan terjemahan piagam tersebut telah dimasukkan dengan disertai teks asalnya dalam Bahasa Arab.
Diharapkan dengan terbitnya edisi baru ini akan memberi kepuasan dan faedah kepada para pembaca "amnya dan para peminat ilmu sirah secara khusus".
ISBN:FIQHALSIRA