Description
Sebuah kitab yang lengkap me- ngandungi empat bahagian ter- penting dalam fikah Islam, iaitu rubu' IBADAT, rubu' MUAMALAT, rubu' MUNAKAHAT dan rubu' JINAYAT. Kitab yang disusun khusus untuk memberikan huraian yang jelas kepada setiap umat Islam terhadap fikah Islam. Suatu panduan yang tentunya amat berguna demi untuk mengatur cara hidup seharian sesuai dengan kehendak syariat Islam.
Sebuah kitab yang dihurai dan dibahaskan menurut pandangan mazhab Syafii, yang meletakkan hadith-hadith sahih sebagai teras untuk memantapkan keyakinan terhadap sesuatu amal yang dilakukan. Imam Syafii pernah berkata: "Jika hadith itu sahih maka itulah mazhabku."