Description
Hadis-hadis hukum ialah hadis-hadis yang membincangkan tentang hukum-hakam yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf. Hadis- hadis dalam kategori ini telah menjadi perhatian ulama hadis sejak dahulu. Mereka menghimpun, mengira dan mengkaji hadis-hadis tersebut dengan teliti. Perkara ini jelas tercermin dalam pelbagai ucapan para ulama salaf dan imam mujtahid yang menjadi ikutan umat.
Telaga Biru Sdn. Bhd. memilih karya Ibn al-Mulaqqin sebagai terjemahan kali ini setelah melihat kepada kredibiliti beliau yang sangat tinggi dalam bidang hadis. Setiap hadis dalam buku ini diambil daripada dua buku hadis yang paling sahih di mata ahli hadis, iaitu Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim. Bertepatan dengan manhaj di Nusantara yang berpegang dengan mazhab Syafi'i dalam pengamalan fiqh, maka amat wajarlah terjemahan kitab ini dimiliki oleh semua. Buku ini juga sesuai dijadikan sebagai imbasan pantas untuk para penuntut menghafal dalil-dalil hukum mazhab Syafi'i.
ISBN: 9789673883479