Description
Isu kesucian sesuatu produk atau perkhidmatan adalah sensitif kepada masyarakat Islam. Bagi orang Islam, sebarang isu berkaitan dengan persoalan halal dan haram perlu diberi perhatian serius
Justeru, buku hasil penyelidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ini, pada hemat saya, akan dapat mengisi keperluan masyarakat Islam, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Saya menganjurkan supaya buku ini dibaca dan dikaji oleh setiap lapisan masyarakat. Buku ini akan menghilangkan sebarang keraguan yang timbul dalam minda masyarakat Islam kerana ia dijelaskan secara saintifik
ISBN:9789831042021