Below RM130 - 10% off
Above RM130 - 15% off
Above RM180 - 20% off

Haruman Cinta Rasulullah

By: Abdul Aziz Ismail

Book Condition: Good, Minor water damage
Click here to learn more about Book Conditions

RM13.90 RM12.51

1 in stock

Description

Tak kenal maka tak cinta. Itu adalah ungkapan yang sering kita dengar bagi menggambarkan bahawa perasaan cinta kepada sesuatu perkara atau seseorang itu tidak mungkin dapat disemai seandainya kita tidak mengenali dan mengetahui tentangnya terlebih dahulu. Dalam konteks iman pula, keimanan bukan hanya cukup sekadar dilafazkan dengan kata-kata sahaja, malah keyakinan dalam hati dan seterusnya ditamsilkan dengan perbuatan bagi menunjukkan bahawa kita benar-benar beriman.Kehiddog cintaaDemikian juga keimanan kepada Rasulullah SAW. Ia bukan sahaja akan melahirkan keyakinan terhadap ajaran yang dibawa oleh baginda tetapi akan melahirkan kecintaan terhadap peribadi baginda malah akan bercambah rasa cinta yang sejati terhadap baginda sehingga sanggup berkorban apa sahaja untuknya. Tambahan pula kecintaan kepada junjungan mulia Rasulullah SAW merupakan antara bukti kesempurnaan iman seseorang.Daripada Anas ra katanya: "Rasulullah SAW bersabda tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya." (riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Muslim)Semarak cinta kepada Rasulullah ini dapat dipupuk dengan mengetahui sirah kehidupan baginda, keperibadian baginda, dan bagaimana dalamnya kecintaan baginda Rasulullah SAW kepada umatnya.

Additional information

Weight 249 g
Dimensions 209 × 140 × 11 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

,

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789675778827