Description
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah Subhanahu Wataala, selesailah sudah usaha saya menyusun sebuah risalah mengenai pembelajaran membaca Al-Quran dengan berpandukan beberapa kitab Qiraat dan Tajwid untuk dipersembahkan kepada umat Islam terutamanya bagi mereka yang sedang mengikuti kelas pengajian Al-Quran di bawah pimpinan saya.
Sebenarnya cita-cita untuk menyusun risalah ini telah lama timbul di jiwa saya iaitu semenjak saya masih belajar di per- lembahan Nil. Namun oleh kerana sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan risalah ini tidak dapat disiapkan sehinggalah saya kembali ke Tanah Air barulah dapat disempurnakan.
Menurut hemat saya pada akhir-akhir ini masyarakat Islam di Malaysia khasnya makin hari makin berkurangan yang ber- kebolehan membaca Al-Quran menurut yang sewajarnya. Ini disebabkan ramainya para 'alim ulama' yang telah pergi meninggal- kan kita, namun gantinya tidak ada.
ISBN:ILMUTAJWIDALQ