Description
PERLAHAN-LAHAN Farah membuka matanya. Dia tersenyum puas. Dia tahu dia tidak bermimpi. Angin yang menghembus dari Pantai Cenang adalah suatu kenyataan, bukannya fantasi. Rambutnya yang terbuai lembut mengikut lenggok angin pagi itu juga adalah suatu realiti.
FARAH menoleh ke belakang. Di atas katil Faris masih lena dibuai mimpi. Mungkin juga dia tidak mahu melepaskan mimpi indahnya.
FARAH tersenyum lagi. Tiada lagi Datin Suhaibah dan tiada lagi dendam. Faris telah mengotakan segala janjinya.
ISBN: 9789833514113