Description
Buku Inovasi NLP Pelonjak Prestasi Diri bukanlah sebuah buka ba boleh anda peroleh dengan mudah dalam Bebees Melayu Nutr Programming atm NLP ialah satu subjek yang agak Saru dalam masyarakat Melayu. Oleh itu, tulisan dari pelbagai vidu menge NEP menjadikan buk ini amat unik sekali. Ianya memberikan gambaran yang meluas mengenai kegunaan NLP dalam kehidupan seharian
Buku ini ialah sebuah buku yang luar biasa kerana ianya mempunyai banyak rahsia bagaimana manusia berfikir, membentuk model duti dirinya, berkelakuan dan menjadikan peri lakunya satu habir atau tabiat. Tidak kiralah sama ada tabiat itu positif atau negatif. Bagi sesuatu yang negatif dan buruk buku ini menunjuk cara bagaimana ianya boleh diubah. Buku ini membolehkan kita mereka bentuk semula diri kita dan orang lain untuk membina kehidupan yang penuh bahagia seperti yang diimpikan.
Buku ini dikatakan bukan sebuah buku biasa juga kerana ianya ditulis oleh sekumpulan penyumbang seramai 29 orang. Buku ini adalah hasil buah tangan penulis yang luar biasa talent nya. Mereka adalah practitioner atau pengamal NLP yang komitmen atau iltizamnya luar biasa tingginya kerana berkesanggupan berhabisan banyak masa dan mengeluarkan wang ringgit yang banyak untuk mempelajari NLP. Usaha untuk mengumpulkan tulisan mereka bagi menyumbang pengalaman NLP mereka bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya tidak pernah dibuat sebelum ini.
Alhamdulillah. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya buku ini berada di tangan anda. Buku ini mengandungi banyak tunjuk cara 'bagaimana serta motivasi diri untuk melakukan sesuatu dengan lebih cemerlang. Ianya merupakan butir-butir mutiara yang boleh dijadikan satu inovasi dalam melonjakkan keupayaan diri anda bagi mencapai prestasi yang lebih hebat. Buku ini dibahagikan kepada enam bahagian dan ia memudahkan anda untuk memulakan pembacaan dari sudut yang paling anda gemari.
ISBN: 9789834449698