Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *
Buy this product to earn 18 Coins

Islam & Persoalan Rasuah

By: Mohamad Ezam Mohd Nor, Sapto Waluyo

Book Condition: Very good, Light foxing on top edge
Click here to learn more about Book Conditions

RM27.90

1 in stock

Description

Satu pendekatan holistik untuk memahami cabaran rasuah dari sudut hukum, konsep dan sejarah ketamadunan umat.

SEWAKTU dipenjara, antara ratusan buku yang sempat ditelaah adalah sebuah novel nukilan Prof Hamka yang bertajuk "TUAN DIREKTUR" yang pernah diterbitkan di Indonesia (1939) dan di Malaysia (1961). Novel tersebut menceritakan kisah rasuah seorang saudagar besar dengan beberapa pemimpin dan pegawai kerajaan yang seleweng dan salah guna kuasa. Dalam pembacaan itu, saya begitu tertarik kepada satu hadis Riwayat at-Tirmizi yang dimuatkan di muka depan novel tersebut. Hadis Rasululullah s.a.w itu bermaksud: "Setiap umat itu ada cabarannya dan cabaran bagi umat ku adalah HARTA". S

Hadis ini cukup mengesankan bagi saya yang kebetulan dikurung dan dipenjara kerana membongkar beberapa dokumen rasuah yang membabitkan beberapa individu berprofil tinggi pada ketika itu. Ia memberi iktibar dan amaran jelas kepada umat akhir zaman bahawa rasuah dan persoalan kerakusan terhadap harta merupakan cabaran paling utama umatnya. Dan amaran itu datang daripada Rasulullah s.a.w sendiri!
Hari ini amaran dan peringatan Rasulullah s.a.w itu semakin jelas kita rasai. Persoalan rasuah menjadi isu di mana-mana dan memberi kesan kepada semua. la menjadi cabaran terbesar setiap kerajaan dan negara. Rasuah jugalah penghalang utama kepada setiap perencanaan dan perancangan pembangunan mana-mana kerajaan di muka bumi hari ini.
ISBN:9789671018002

Additional information

Weight 650 g
Dimensions 225 × 149 × 20 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

,

Published Year

Goodreads Rating

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789671018002