Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *
Buy this product to earn 14 Coins

Islam Pilihanku: Pengucapan Syahadah 39 Insan di Malaysia

By: Mazuen Yahya (Ed.)

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM23.90

1 in stock

Description

Sebenarnya bukan senang bagi seseorang itu membuat keputusan untuk bertukar agama. Apatah lagi agama asal yang dianuti sudah sebati dalam diri. Pelbagai tentangan dan halangan terpaksa dihadapi demi membuktikan agama yang dipilih adalah agama yang sebenar-benarnya. Islam tidak pernah menggunakan sistem paksaan untuk menambah bilangan penganutnya tetapi sentiasa mengalu-alukan kedatangan saudara baru dengan hati yang terbuka. Ini dinyatakan di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat: 256, ALLAH S.W.T berfirman: Sesungguhnya tiada paksaan dalam beragama.

Islam Pilihanku adalah himpunan pengalaman beberapa orang yang telah memilih Islam sebagai agama pegangan. Ikuti kisah suka duka mereka sewaktu sebelum dan selepas memeluk Islam. Ada yang mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan ada pula keluarga yang menerima de- ngan baik. Sesungguhnya Islam tidak pernah mengajar umatnya memutuskan ikatan siraturahim, baik dengan yang bukan beragama Islam apatah lagi yang sudah Islam sejak azali.

Semoga apa yang dipaparkan dapat dijadikan pengajaran dan direnung bersama. Muhasabah diri supaya kita dapat menjadi umat Nabi Muhammad yang tidak menderhaka pada agama-NYA. Pada yang sudah memilih Islam sebagai agama penyuluh hidup, alhamdulillah! Sesungguhnya penghijrahan yang anda lakukan bukan satu yang sia-sia. Di sebaliknya... terdapat satu nikmat yang memang sudah dijanjikan!

Additional information

Weight 225 g
Dimensions 185 × 126 × 13 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789678602433