Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *
Buy this product to earn 18 Coins

Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan

By: Mustafa Akyol

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM29.90

1 in stock

Description

Sejak dahulu lagi Islam dikenali sebagai sebuah agama yang mengangkat nilai-nilai keamanan, inklusif dan sederhana, serta sentiasa menjamin hak- hak kebebasan setiap manusia. Namun persepsi ini berubah apabila sejak beberapa tahun yang lalu apabila beberapa siri serangan pengganas telah dilancarkan atas nama Islam, di mana hal ini mencetuskan kegelisahan global.

Krisis ini menjadi lebih buruk lagi apabila media-media antarabangsa sering menyiarkan gambaran yang salah tentang Islam, seterusnya menjadikan masyarakat Muslim seluruh dunia menjadi sasaran kemarahan masyarakat dunia atas setiap serangan pengganas yang berlaku.

Sebagai respons kepada kegusaran yang melanda dunia hari ini , Mustafa Akyol telah menulis buku โ€œIslam Without Extremesโ€ yang diterjemahkan sebagai โ€œIslam Tanpa Keekstremanโ€ serta menyiapkan pelbagai hujah bagi mendepani kekeliruan serta gambaran yang buruk dan ganas akan agama Islam dan Muslim seperti yang sering dimainkan oleh media-media dunia.

Beliau membawa pembaca menilai semula sejarah awal masyarakat Muslim sejak dari zaman Nabi dan bagaimana institusi politik Islam mula berkembang. Akyol berhujah bahawa โ€œIde kebebasanโ€“baik dari segi teologi, politik, mahupun ekonomiโ€“bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia Islam seperti yang sering digembar-gemburkan,โ€ namun ide ini secara perlahan-lahan mula digantikan dengan ide yang bersifat konservatif.

Dalam penulisan ini Akyol melihat perubahan yang bermula pada era pertembungan dua mazhab utama teologi Islam; Mazhab Rasionalis bertemu dengan Mazhab Literalis, yang kemudiannya berakhir apabila mazhab Literalis berjaya menjadi mazhab yang dominan dalam perbahasan Islam untuk beberapa abad selepasnya. Doktrin-doktrin literalis ini kemudiannya dipolitikkan dan menjadi landasan tumbuhnya budaya autorotarianisme di dunia Islam

Buku Akyol ini adalah satu refleksi yang sangat penting, disusun dengan hujah dan analisis yang berlandaskan Al Qurโ€™an, Hadith, dan pengalaman peribadi beliau sendiri dalam memerhati perkembangan politik Turki. Suara penulisan beliau adalah suara yang segar dan progresif, serta mengangkat visi liberal dan progresif yang sangat diperlukan dalam dunia Islam hari ini. 
ISBN:9789671099230

Additional information

Weight 630 g
Dimensions 215 × 146 × 24 mm
Publisher

Format

Language

Language

Book Condition

Published Year

Goodreads Rating

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789671099230