Description
Dunia pemikiran Islam sememangnya luas dan dalam. Keluasannnya terbentang dari timur dan barat, melangkaui Arab dan Parsi, menelusuri Andalusia hinggalah ke Alam Melayu. Kedalamannya mengakar dari persoalan kemanusiaan hingga ke persoalan ketuhanan, dari masalah jasmaniyah hingga ke persoalan ilahiyah. Maka adalah tidak adil sekali sekiranya kita mengandaikan buku sekecil ini dapat menghuraikan kesemua yang ada dalam khazanah pemikiran Islam. Justeru, apa yang penulis cuba ketengahkan dalam buku ini hanyalah sekelumit dari beberapa perbahasan tentang pemikiran Islam yang menjadi perbincangan sebahagian sarjana-sarjana sama ada tradisi atau terkini.ISBN:9789679401158