Description
HJ. AHMAD MOHAMAD SAID adalah contoh pendidik, aktivis Islam dan cendekiawan Melayu yang peka dan tercerahkan. Beliau kini merupakan Pensyarah Kanan di Kolej Dar al-Hikmah. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan, Kementerian Pendidikan (1995-1997); Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan (1997-1999); Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan (1999-2000). Mantan Ketua Eksekutif KDH (2002-2009). Pernah diamanahkan sebagai Ketua Biro Perhubungan ABIM pada 1983-1985. Kini merupakan Ahli Majlis Syura Tertinggi ABIM dan Ketua Panel Perunding sekaligus Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Ta'mir.
Hakikat yang tidak dapat disembunyikan lagi ialah bahawa bangsa Melayu tidak kuat dan ternyata sedikit sebanyak kekuatan yang berbaki itu, terus menerus terhakis. Justeru itu kita perlu kejutkan diri kita dan seluruh bangsa kita, kepada hakikat pahit bahawa baran- gambaran muluk dan lambang-lambang kuasa yang kelihatan gagah itu sebenarnya sedang lompong dan di bawah tapak kaki kita terdapat arus keras yang sedang menghakis saki-baki kekuatan yang masih ada. Seperti Highland Tower, segagah mana pun kelihatan pada zahirnya, akhirnya ia menyembah bumi. Kita jangan diperangkap oleh 'perasaan selamat yang palsu (false sense of consciousness) dan tertipu dengan simbol, retorika dan pesta.