Black Friday Sale: 25% Discount Off All Second Hand Books

Jihad Mastura

By: Zaid Md Saman Al-Haj

Book Condition: Very good
Click here to learn more about Book Conditions

RM19.90 RM14.93

1 in stock

Description

NOVEL remaja ini mengisahkan perjuangan guru wanita muda yang berusaha menterjemahkan pengertian jihad dalam kehidupannya. Setelah tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Selatan (KMS), Mastura yang berasal dari Kampung Kuala Sepagi meneruskan pengajian Ilmu Pendidikan di Universiti Utara Nasional (UUN).
Mastura sudah lama kehilangan rakan sepersekolahan, junior daripadanya bernama Taufik Zuhdi.
Apabila dia berjaya menyambung pelajaran di KMS dan kemudian berjaya menuntut di UUN, dia menemui semula rakan sekolahnya itu, tetapi kini dalam keadaan berbeza.
Taufik Zuhdi sudah bergelar yatim piatu, kehilangan tempat berteduh. Saudara-mara membiarkan dia hidup melarat. Dia bukan sahaja kandas dalam pendidikan, tetapi juga hidup terumbang-ambing tidak mempunyai kerjaya tetap.
Adik-beradik tidak mempedulikannya kerana mereka juga sibuk mengatur hidup dan keluarga sendiri. Dalam terumbang-ambing itu, Taufik Zuhdi akhirnya terperangkap ke lembah najis dadah. Semakin bertambah parahlah hidupnya.
Mastura yang terpanggil dengan seruan jihad, berusaha menyelamatkan rakan yang dirasakannya masih dapat diselamatkan itu.
Dia rela berkorban, menggunakan kudrat anugerah Ilahi padanya, biarpun dia terpaksa mencurahkan rasa sayangnya pada insan malang, Taufik Zuhdi.
Betapapun, jihad yang ingin dilakukannya tidak semudah diungkap lidah berbicara. Halangan paling kuat ialah tentangan daripada ibu bapa dan adik-beradiknya yang tidak berkenan dengan Taufik Zuhdi.
Masyarakat kampung juga, memandang serong padanya apabila dia mula mendekati Taufik Zuhdi bekas penagih dadah itu. Banyak halangan terpaksa ditempuhi Mastura dalam jihad murninya menyelamatkan insan berlainan jantina itu.
Di dunia perniagaan, Taufik Zuhdi berjaya menghidupkan perniagaan kecil- kecilan Air Batu Campur (ABC), sehingga dia akhirnya memiliki restoran di Pekan Kuala Sepagi.
Di dunia percintaan, bagaimanakah akhirnya kisah perhubungan dua insan ini? Berjayakah mereka mempertahankan cinta murni hingga ke jenjang pelamin?

Additional information

Weight 348 g
Dimensions 182 × 127 × 20 mm
Publisher

Format

Language

Book Condition

Published Year

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789671895900