Description
Tepat sasaran: amat sesuai untuk para pelajar di sekolah dan pusat pengajian tinggi, para anggota keluarga di rumah dan para pekerja di sektor awam dan swasta.
Lengkap dan sistematik: lebih daripada 16 000 kata akar berserta kata terbitan tersusun rapi mengikut abjad dan diberikan definisi jelas.
Mudah difahami: contoh penggunaan kata akar dan kata terbitan dalam ayat tersedia.
Luas: mengandungi kata-kata bahasa Melayu klasik, kata-kata loghat tidak rasmi, kata-kata berasal daripada bahasa asing, kata kata istilah dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti sains, geografi, ekonomi, sejarah, bahasa dan kesusasteraan.
Kaya idea: peribahasa, kiasan dan simpulan bahasa yang berkaitan dengan kata akar tertentu diberikan huraiannya untuk memperkaya perbendaharaan kata.
Menarik: lebih daripada 600 ilustrasi tersedia untuk memperjelas makna kata-kata tertentu.
Bermanfaat: lebih daripada 100 halaman bahan tambahan padanan
kata Melayu-Inggeris, kependekan umum dan senarai istilah
teknologi maklumat yang biasa digunakan disediakan untuk
membantu para pengguna memperluas pengetahuan dan
mendapatkan faedah sepenuhnya daripada kamus ini.
ISBN:9789676551382