Description
Kamus tribahasa ini diterbitkan khusus untuk murid J-Qaf, pelajar sekolah menengah, mahasiswa, guru, pensyarah dan masyarakat umum sama ada yang mengajar, yang mempelajari atau yang meminati bahasa Arab. Perkataan-perkataan dalam kamus ini telah dipilih dan disusun dengan rapi oleh penulis yang berpengalaman dengan mengambil kira keperluan penggunanya. Kamus ini perlu dimiliki kerana:
Lebih entri. Kamus ini mengandungi lebih daripada 3,000 entri.
Lengkap, sistematik, dan praktikal. Setiap kata akar disusuli dengan kata terbitan. Justeru, setiap perkataan dapat dirujuk dengan mudah dan pantas.
Padat dan luas. Kamus ini mengandungi pelbagai golongan kata iaitu kata-kata yang berasal daripada bahasa asing dan istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti sains, geografi, budaya, dan sastera. Setiap entri amat bertepatan dengan kehendak pengguna sasaran.
Autoritatif. Kamus ini amat berguna dijadikan rujukan autoritatif
dalam mencari makna sesuatu perkataan sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Arab.
Bertepatan dengan kehendak kerajaan. Kerajaan menggalakkan
kita mempelajari pelbagai bahasa untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Ekstra. Kamus ini turut memuatkan nama-nama negara di seluruh dunia.