Description
Kamus ini adalah kamus bergambar yang menggunakan pendekatan baru lagi menarik untuk membantu kanak-kanak mempelajari perkataan dan frasa baru, menamakan bahagian sesuatu objek, dan di samping itu membuka lembaran baru dalam pembelajaran perkataan melalui takrifan bergambar. Setiap muka surat yang bertentangan memaparkan pelbagai perkataan yang berkaitan dengan sesuatu tema, dari muzik atau mamalia hingga ke haiwan laut dan angkasa lepas. Kamus yang merupakan sumber dan pencetus ilham bagi pembaca dan penulis muda ini seharusnya dimiliki setiap kanak-kanak.
- Lebih 2500 kata nama, kata kerja, dan kata sifat yang telah dipilih khas untuk memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak
- Senarai perkataan yang dipilih adalah berdasarkan rundingan dengan pakar bahasa dan bacaan
- Lebih 700 gambar foto dan lukisan berwarna yang disertai label untuk membantu kanak-kanak membaca
- Indeks pencari kata yang menyeluruh untuk membantu pembaca muda menyemak ejaan