Description
Kasihku padamu tak akan pernah padam walau seribu kali kau masih melukai hatiku. Seandainya aku pergi dulu, izinkan aku bawa bersama hatimu.Peristiwa di Tower Bridge menemukan Hakimi dan gadis Jepun, Keiko. Bagi Keiko, sungguh dia terasa terhutang budi apabila niatnya untuk membunuh diri dihalang oleh lelaki budiman itu. Melalui Hakimi, dia mula terpesona dengan keindahan Islam, agama yang dianuti lelaki itu.
'Insya-Allah.'
'Apa?'
'Oh, itu bahasa Arab. Maksudnya semoga diizinkan Tuhan.'
'Kalau boleh, esok sudi tak awak jelaskan lebih banyak tentang Islam kepada saya?'
Mereka juga bertukar kisah hidup sehingga akhirnya menyentuh mengenai status Hakimi yang sebenarnya sudah pun bertunang.
'Sebenarnya saya sendiri tidak kenal dan tidak pernah lihat wajahnya. Saya menerima dia kerana mak saya sukakan dia. Bila saya pulang nanti kami akan terus dikahwinkan. Hanya itu saja yang saya tahu.'
'Saya masih tidak percaya dengan awak Hakimi, macam mana awak sanggup terima seseorang tanpa bertemu malah tidak mencintainya? Bagaimana awak akan hidup bersamanya sepanjang hayat awak?'
Buat seketika, Keiko menyendiri sebelum muncul semula untuk meluahkan isi hatinya kepada Hakimi, biarpun tahu lelaki itu sudah berpunya.
'Walau bagaimanapun saya ingin ucapkan tahniah kepada awak. Semoga awak berbahagia bersama bakal isteri awak. Saya berharap segala impian awak akan tertunai. Ingatlah saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak.'
Hakimi melangkah dengan penuh berat hati, apatah lagi apabila mengetahui akhirnya Keiko telah mengucapkan syahadah biarpun tanpa cintanya. Ternyata gadis itu ikhlas kerana Allah untuk kembali ke agama fitrah.
'Nurain Mitsui Abdullah!'
'Kenapa awak tidak pergi lagi?'
'Kapal terbang terlebih muatan. Jadi saya terpaksa turun.'
'Hakimi!'
'Sebenarnya saya datang untuk menyerahkan diri. Saya belum lupa yang saya pernah berjanji dengan seseorang. Kalau orang itu memakai baju yang saya hadiahkan kepadanya saya tidak akan sanggup meninggalkan orang itu lagi!'
ISBN:9789672321316