Enjoy 10% OFF ALL Book Orders Over RM150 *
Buy this product to earn 6 Coins

Kasih Seharum Manisah

By: A. Razak Adam

Book Condition: Good
Click here to learn more about Book Conditions

RM11.90

1 in stock

Description

Mengisahkan seorang gadis kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Stirling, Glasgow. Pada awalnya pertunangan Manisah bersama Kelvin (saudara baru) amat direstui keluarga Manisah. 

Ini kerana abang Manisah juga berkahwin dengan Sue Ann. Kelvin merupakan bekas rakan karib Manisah di sekolah. Mengapakah tiba-tiba Manisah disuruh memutuskan pertunangan mereka? 

Manisah sendiri pada awalnya seringkali tertanya-tanya mengenai siapakah dirinya yang sebenar kerana dia seringkali bermimpi dan terbayang-bayang akan kisah silamnya. Layanan istimewa keluarganya mematikan rasa curiga Manisah. 

Di Stirling, Manisah terganggu dengan asakkan abang dan ibu bapanya yang mahukan dia memutuskan pertunangan dengan Kelvin biarpun tidak diberikan sebabnya. Kelvin dan Manisah sama-sama merahsiakan hal ini daripada pengetahuan masing-masing. 

Inilah konflik yang berlaku antara mereka. Manisah berkenalan dengan Soefjan yang banyak membantu Kelvin mengenali agama Islam.

Manisah rasa serba salah dengan Kelvin kerana dia minat kepada Soefjan yang agak warak. Rakan serumahnya iaitu Maisarah juga meminati Soefjan. Manisah serba salah kerana memikirkan Kelvin saudara baru yang perlukan bimbingan. 

Maisarah pula mengharapkan agar Soefjan dapat memandu dirinya ke jalan kebenaran. Soefjan juga berada di dalam dilema.

 ISBN:9789833892594

Additional information

Weight 325 g
Dimensions 190 × 117 × 20 mm
Publisher

Format

Language

Book Condition

Published Year

Goodreads Rating

No. of Pages

Book Author

ISBN 9789833892594